Pengalaman, Kesan dan Pesan Che’gu Mahadi, Wisman Asal Malaysia Setelah Ikuti Ramfest 2023
Theacehpost.com | BANDA ACEH – Perayaan Aceh Ramadhan Festival (Ramfest) 2023 yang berlangsung selama 5 hari, yakni pada 9-13 April lalu meninggalkan kesan mendalam bagi Che’gu Mahadi.
Pria asal negeri jiran Malaysia ini berkesempatan menjalani indahnya semarak puasa Ramadhan di negeri yang berjuluk Serambi Mekah ini.
Chegu Mahadi merupakan Presiden Travellova Malaysia. Dia dan rombongan wisman asal Malaysia lainnya diundang dalam jamuan berbuka puasa bersama (majlis iftar jamaei).
Selain itu, kehadiran rombongan ini juga untuk memeriahkan suasana Aceh Ramadhan Festival tahun ini.
“Alhamdulillah kesempatan saya diundang hadir ke Majlis Iftar Jamaei dan pelancaran Festival Ramadan Aceh. Ini adalah suatu pengalaman bermakna yang terbaik untuk melihat Aceh dengan lebih akrab dan intim bagaikan sebuah keluarga besar,” sebut pria bernama lengkap Che’gu Mahadi Mohd Ismaei’ly ini.
Selama beberapa hari di Aceh, Che’gu Mahadi banyak merekam momen-momen berharga. Untuk itu, ia pun menulis sebuah artikel singkat sebagai kenang-kenangan, bentuk cintanya kepada masyarakat Aceh.
Che’gu Mahadi juga menitip beberapa pesan kepada masyarakat Aceh, khususnya tentang pelaksanaan Aceh Ramadhan Festival 2023 ini.
“Artikel itu sebagai asas cinta Che’gu kepada Aceh dan seluruh warganya,” sebut Che’gu Mahadi saat dihubungi Theacehpost.com, Sabtu, 15 April 2023.
Berikut tulisan Che’gu Mahadi Mohd Ismaei’ly kepada masyarakat Aceh yang dikutip Theacehpost.com.
Alhamdulillah kesempatan saya diundang hadir ke Majlis Iftar Jamaei & Pelancaran Festival Ramadan Aceh – FRA 2023 adalah suatu pengalaman bermakna yg terbaik utk melihat Aceh dengan lebih aqrab dan intim bagaikan sebuah keluarga besar
Ianya juga membuka pintu gerbang kpd suatu modul kerjasama jangka panjang antara semua pihak berkepentingan dalam memperkasa Aceh sbg destinasi Halal Tourism & Islamic MICE yg paling keren di belahan Nusantara malah di Asia kalau pun bukan didunia sekalipun
Ini kerana Aceh mempunyai 5 teras modal jatidiri asli yg unik, tidak ada di bahagian dunia yg lain :
i. Aceh kaya dengan adat budaya serta tradisi lokal turun temurun yg unik lagi kreatif serta penuh kesantunan & tatasusila orang timur
ii. Aceh sarat dgn situs sejarah tamadun dan peradaban Kerajaan & Kesultanan yg berteraskan syariah Islam yg punya hubungan langsung dgn Khalifah Uthmaniyyah malah sampai susur galurnya ke Malaysia juga
iii. Kesan bencana Tsunami 2004 yg melanda Aceh sebenarnya dari sisi lain jelas membawa rahmat yg besar hingga byk situs impak tsunami menjadikan Aceh terkenal dan menarik ramai wisatawan datang dan membantu ekonomi rakyat
iv. Aceh menawarkan pelbagai produk bertaraf dunia seperti kopi, buahan, sayuran, perikanan dll utk disinergikan dgn pelbagai pihak yg punya teknologi dan world market
v. Aceh satu satunya negeri atau daerah yg menjadi tumpuan dan rujukan Ummat Islam khasnya dalam menikmati contoh suasana hidup bersyariah yg sederhana & progresif walau di era digital dan langit terbuka
Berdasarkan 5 faktor teras itu jika terus dijaga dan dimajukan dgn lebih fokus dan professional maka Festival Ramadan Aceh 2024 sbg pintu gerbang ke Aceh akan lebih berjaya dan berimpak tinggi dalam menarik lebih ramai wisatawan malah pelabur berkunjung ke Aceh khasnya dari Malaysia, Brunei, Singapore dan selatan Thailand.
Secara amnya Festival Ramadan Aceh sbg suatu program dan produk Halal Tourism mampu memberikan impak kpd 5 hal :
- Pembangunan kapasiti Industri F&B oleh SME melalui aktiviti Bazaar Ramadan harus disusul terus agar lebih berdaya maju dan tidak berhenti sekadar bulan Ramadan
- Penambahan nilai ehsani & kemahiran sosial di kalangan warga Aceh meningkat di dalam bulan Ramadan dgn adanya pelbagai program ilmu & aktiviti perlombaan di sepanjang Festival Ramadan
- Industri MICE khasnya Islamic Event Management boleh diperkasakan ke tahap professional agar mampu menarik warga dunia datang ke Aceh utk menyaksikan sendiri pelbagai program dan acara melalui Halal Tourism
- Program Imaarah Masjid yg menjadi Pusat Pembangunan Ummah warga Aceh sepanjang tempoh Festival Ramadan yg cemerlang dapat dihasilkan dgn pelbagai program dan acara yg disusun rapi agar berjalan terus selepas Ramadan
- Sinergi amal jamaei dipertingkatkan antara aparatus Pemerintah, NGOs, Korporat dll dapat dimaksimalkan agar keberhasilannya semakin meningkat pada tahun 2024 termasuk penglibatan pihak dari luar Aceh seperti Malaysia dll
Walau bagaimanapun ada beberapa hal yg boleh dipertingkatkan dan diperbaiki agar FRA akan menjadi lebih baik pada tahun hadapan. Antara cadangannya ialah :
- Pengurusan Acara @ Majlis yg lebih menarik & kreatif dgn membuat persiapan awal utk 2024
- Harus melibatkan pelbagai pihak professional @ expert lokal @ regional agar pengurusan lebih mantap dan tegap!
- Menjalankan promosi dan siaraya FRA yg lebih berkesan dan berperancangan rapi agar impak dan sambutan lebih berdampak tinggi
- Tahap keselamatan & kebersihan kawasan terlibat khasnya dan semua tempat amnya harus diberikan perhatian serius agar tidak menjejaskan imej dan semangat murni Ramadan
- Penglibatan YB Pak Menteri secara langsung sangat bagus dan menjadikan ianya lebih haibah dgn kehadirannya dirasakan secara visual dan lebih personel
Kesimpulannya penganjuran Festival Ramadan Aceh adalah sangat penting dan strategik utk menampilkan wajah unik Aceh yg sebenar tanpa sebarang pengaruh luar yg akan menjejaskan jatiditi & hargabudi warga Aceh sendiri
Saya & teman teman dari Malaysia yg diundang khas ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah kpd seluruh warga Aceh yg jelas memberikan kerjasama yg baik khasnya dokongan sokongan Bpk YB Menteri Pariwisata, Dinas Wisata, Aceh Tourism dan semua pihak yg terlibat secara langsung menjayakan Festival Ramadan Aceh 2023 kali ini
Saya bagi pihak Travellova Malaysia & TA dari Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih atas santunan terbaik & kami sedia menawarkan kerjasama jika diperlukan dlm memastikan Festival Ramadan Aceh 2024 akan lebih keren dan berjaya inshaaAllah
Jumpa lagi FRA 2024!
Sekian Yang benar,
CHE’GU MAHADI MOHD. ISMAEI’LY
Presiden Travellova Malaysia.[]